MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN DEBAK

17 Januari 2024- Jelajah Borneo Kedua diteruskan lagi pada hari ketiga dengan lawatan ke fasiliti kesihatan pertama, Klinik Kesihatan Debak. Klinik kesihatan ini merupakan Klinik Kesihatan Jenis 4 dan telah mula beroperasi sejak 7 September 1979.

Dengan jumlah kedatangan harian seramai 120 - 150 orang pesakit, klinik tersebut kini menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.

Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Unit Hemodialisis (HDU) yang telah mula beroperasi sepenuhnya pada 23 Mac 2015. HDU KK Debak ini dapat memuatkan seramai 24 pesakit yang memerlukan rawatan dari semasa ke semasa.

YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan dan delegasi telah dibawa melawat ke fasiliti di sekitar klinik antaranya ialah Jabatan Pesakit Luar, Unit X-ray, makmal dan Unit Kesihatan Ibu dan Anak.

Turut hadir ialah YB Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri Ahli Parlimen P.204 Betong, YB Datuk Ricky@Mohamad Razi, ADUN N.35 Saribas, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-22 15:15:42 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page