MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL BETONG, SARAWAK.

17 Januari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan mengakhiri jelajah Borneo pada hari ketiga di lokasi kelima, Hospital Betong.Satu taklimat telah di berikan oleh Dr. Tan Jung Kang, pengarah Hospital Betong. Hospital Betong di bina pada tahun 1991 dan mula beroperasi pada tahun 1992. Hospital Betong, hospital tanpa pakar merupakan salah satu hospital Kluster Tenggara Sarawak dengan Hospital Sri Aman sebagai Hospital LEAD.

Antara perkhidmatan Kesihatan yang disediakan adalah jabatan pesakit luar, Unit Hemodialisis, Farmasi, makmal, wad bersalin, wad kanak-kanak, dan sebagainya.

Purata harian kehadiran pesakit adalah seramai 110-230 pesakit termasuk di jabatan Kecemasan dan Unit Hemodialisis.

YB Dato Lukanisman meninjau sekitar Hospital Betong dan berkesempatan menyantuni warga kerja hospital bentong. YB Dato Lukanisman turut menyatakan bahawa beliau akan membantu sedaya upaya dalam usaha pembaikan dan menaiktaraf fasiliti-fasiliti kesihatan di Betong yang mempunyai beberapa fasiliti klinik daif agar masyarakat di Bentong boleh menikmati perkhidmatan Kesihatan yang lebih baik dan kondusif.

Turut hadir ialah YB Dr. Richard Rapu @ Aman Anak Begri Ahli Parlimen Betong, YB Gerald Rentap Jabu, Timbalan Menteri Pembangunan Belia & Sukan Dan Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Layar, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

 

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-22 17:15:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page