17 Januari 2024- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, baru- baru ini telah bersama- sama menjayakan Sesi Riadah Warga Putrajaya - 10,000 langkah. "5 checkpoint menunggu" ditentukan bagi aktiviti ini untuk penyertaan secara beramai- ramai khusus buat seluruh warga Putrajaya. Penyertaan yang sangat menggalakkan ini turut disahut oleh pelbagai kementerian antaranya warga kerja daripada Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Dalam Negeri.
Antara lainnya inisiatif KKM dalam mewujudkan warga #MalaysiaSihat ini, dengan menganjurkan aktiviti 10,000 langkah sebagai suatu daya usaha proaktif dalam membudayakan aktiviti riadah sebagai salah satu senaman yang dapat memberi manfaat kepada tubuh seseorang, sekaligus ia dapat membantu mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dan meningkatkan daya tahan tubuh agar dapat berfungsi dengan lebih efisien.
Aktiviti seumpamanya ini turut memberikan manfaat secara tidak langsung kepada pelepasan gas rumah kaca, mengurangkan kesesakan lalu lintas dan penjimatan sumber bahan api fosil yang lain sebagai sampingan.
Diharapkan aktiviti anjuran KKM ini dapat dijadikan sebagai suatu permulaan yang positif demi membantu meningkatkan tahap kesedaran awam tentang pentingnya permulaan 10,000 langkah sebagai aktviti rutin yang bermanfaat
Kemaskini pada 2024-01-23 12:33:34 daripada UKK Norhanita