MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN LUBOK ANTU

18 Januari 2024- Siri Jelajah Borneo Kedua YB Timbalan Menteri Kesihatan pada hari keempat seterusnya ke lokasi kedua iaitu Klinik Kesihatan Lubok Antu.

Klinik Kesihatan Lubok Antu yang merupakan klinik kesihatan Jenis 4 ini telah siap dibina pada tahun 1965 dan mula beroperasi pada tahun yang sama.

Terdapat 7 buah klinik kesihatan _peripheral_ di bawah klinik induk KK Lubok Antu iaitu:

i. Klinik Kesihatan Engkili

ii. Klinik Kesihatan Batang Ai

iii. Klinik Kesihatan Merindun

iv. Klinik Kesihatan Nanga Kesit

v. Klinik Kesihatan Nanga Patoh

vi. Klinik Kesihatan Nanga Stamang

vii. Klinik Kesihatan Nanga Delok

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di KK Lubok Antu adalah Psikologi dan Kaunseling, Funduskopi, Saringan dan Rawatan Hepatitis C, Kesihatan Ibu dan Anak dan sebagainya.

YB Dato Lukanisman dan delegasi juga berkesempatan melawat tapak bagi pembinaan Klinik Kesihatan Lubok Antu yang baharu bagi membincangkan progres dan status projek pembinaan klinik tersebut bersama pegawai dari JKR.

Selain itu, YB Dato Lukanisman juga meluangkan masa melawat ke Pejabat Kesihatan Daerah Lubok Antu yang terletak bersebelahan Rumah Transit KK Lubok Antu bagi menyantuni petugas-petugas KKM yang berkhidmat di kawasan tersebut.

Turut hadir ialah YB Tuan Roy Angau Ak Gingkoi, Ahli Parlimen P203 Lubok Antu, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-23 11:50:16 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page