MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN SRI AMAN

18 Januari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan meneruskan lawatan kerja pada hari Keempat dengan lokasi terakhir, Klinik Kesihatan Sri Aman.

Bangunan Klinik Kesihatan Sri Aman dibina pada tahun 1990 dan sebagai extension bagi perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Sri Aman bagi mengurangkan kesesakan di Hospital Sri Aman. Klinik Kesihatan Sri Aman mula beroperasi pada September 1998.

Bangunan Klinik Kesihatan Sri Aman ini mempunyai 2 tingkat dimana aras bawah merupakan Jabatan Pesakit Luar dan tingkat 1 merupakan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA) dan Klinik Pergigian.

Terdapat 6 Klinik Kesihatan di bawah seliaan KK Sri Aman, iaitu KK Lingga, KK Tanjung Bijat, KK Pantu, KK Batu Lintang, KK Skrang dan KK Entalau. Purata harian kehadiran pesakit adalah seramai 300 hingga 500 orang.

YB Dato Lukanisman melawat sekitar Klinik Kesihatan dan berkesempatan beramah mesra dengan pesakit yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di KK tersebut selain menyantuni warga kerja di KK tersebut.

YB Dato Lukanisman menyatakan hasrat beliau dalam lawatan ini supaya dapat mengetahui masalah dan cabaran dihadapi oleh warga kerja KKM selain penyediaan persekitaran yang komprehensif agar petugas dapat meningkatkan perkhidmatan kesihatan yang optimum dan secara langsung akan memanfaatkan masyarakat setempat.

Turut hadir ialah YB Dato’ Sri Doris Sophia Anak Brodi, Ahli Parlimen Sri Aman, YBrs. Dr. Azlee bin Ayub, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) dan YBrs. Dr. Aminuddin bin Mohd. Natar, Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (Pergigian).

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-01-23 12:02:38 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page