MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN JELAJAH BORNEO YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN BALAI RINGIN, SERIAN

19 Januari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah singgah dan membuat lawatan di Klinik Kesihatan Balai Ringin, Serian pada perjalanan dari Hospital Sri Aman ke lapangan terbang Kuching.

Klinik Kesihatan Balai Ringin yang terletak di tepi jalanraya antara Sri Aman dan Serian, iaitu 32 km dari Bandar Serian mula beroperasi pada Mei 1980.Purata harian kehadiran pesakit adalah seramai 100 hingga 150 orang.

YB Dato Lukanisman berkesempatan meninjau sekitar Klinik kesihatan, meluangkan masa menyantuni warga kerja klinik kesihatan dan juga berbual dengan pesakit-pesakit yang sedang menunggu untuk mendapat rawatan kesihatan di Klinik Kesihatan Balai Ringin.

YB Dato Lukanisman amat menghargai jasa warga KKM yang berkhidmat memberi perkhidmatan kesihatan yang terbaik kepada masyarakat setempat terutamanya di kawasan luar bandar dengan kemudahan dan infrastruktur yang terhad.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-23 12:26:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page