MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN MALAYSIA KE HOSPITAL SELAYANG

22 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan mengejut ke atas Hospital Selayang dan turut diiringi oleh YBrs. Dr Afidah Ali, Pengarah Hospital Selayang.

Tinjauan mengejut tersebut diadakan di beberapa jabatan dan bahagian di hospital untuk memastikan pengoperasian pada tahap optimum disamping melihat fasiliti di sekitar kawasan hospital. Antara jabatan yang menjadi tumpuan lawatan adalah Jabatan teknologi Maklumat, Jabatan Rekod Perubatan, Jabatan Patalogi, Perkhidmatan Klinik Pakar dan Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Selayang.

Delegasi lawatan telah diberikan penerangan berkaitan isu-isu utama yang dihadapi pihak hospital dalam memberikan perkhidmatan kepada pesakit serta perancangan menaik taraf fasiliti berkenaan sebagai usaha dan komitmen KKM dalam mempertingkatkan keupayaan sistem perkhidmatan kesihatan yang efisien untuk rakyat.

Pada masa yang sama Hospital Selayang merupakan hospital pakar rujukan utama yang terdiri daripada pakar bertaraf tinggi bagi pesakit luar di sekitar kawasan Selayang.

Turut hadir bersama dalam lawatan ini ialah YBrs. Dr. Siti Zufina bt Abd Samah, Timbalan Pengarah Perubatan II, YBrs. Dr. Nurul Amiera binti Asli, Timbalan Pengarah Perubatan III, YBrs. Dr. Mohd Fadzli bin Ariffin, Timbalan Pengarah Perubatan IV, YBrs. Encik Abdul Aziz bin Saad, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat (ITD), YBrs. Puan Noor Azlin binti Mohd Sharif, Ketua Jabatan Rekod Perubatan, YBrs. Dr. Tengku Norita binti Tengku Yazid, Ketua Jabatan Patologi, YBrs Encik Hayami bin Hassan, Ketua Penyelia, YBrs. Dr. Mohd Rizal bin Roslan, Ketua Jabatan Radiologi, YBrs. Dr. Nor Khatijah binti Ahmad, Ketua Jabatan Kecemasan & Trauma serta wakil-wakil Ketua Jabatan Klinikal dan Pengurusan, Hospital Selayang.

image image image image
image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-01-23 16:42:24 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page