24 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan bersama dengan warga kerja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjayakan Sesi Riadah Bersama Warga Putrajaya- 10,000 Langkah yang turut disertai oleh YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam masa yang sama, penyertaan aktiviti 10,000 langkah ini telah mendapat perhatian pelbagai kementerian dan jabatan yang berada di '5 check point' sekitar Putrajaya untuk turut serta dalam merealisasikan aktiviti ini.
Menerusi penganjuran #MalaysiaSihat 10,000 langkah ini, KKM dapat menyeru lebih ramai lagi orang awam dalam melibatkan diri dengan aktiviti berfaedah seperti berjalan kaki (brisk walk) secara santai sebagai tingkah laku budaya hidup aktif.
Penglibatan yang aktif dalam aktiviti fizikal mampu menyumbang ke arah pencapaian kecergasan pada tahap optimum dan kesejahteraan kehidupan secara menyeluruh.
Kemaskini pada 2024-01-26 10:11:04 daripada UKK Norhanita