28 Januari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri sesi lawatan bersama YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri ke Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat Usahawan Tani (IPR-INTAN) Ulu Kinta, Perak di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Program dimulakan dengan Lawatan YAB Perdana Menteri ke tapak projek IPR-INTAN Ulu Kinta dan diikuti dengan YAB Perdana Menteri menandatangani plak perasmian.
Turut hadir YAB Dato' Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Tuan Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi, YBhg. Dato' Nor Azmie Diron, Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, YBrs. Dr. Sirajuddin bin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perak dan YBrs. Dr. Yusni binti Yusuff, Pengarah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Kemaskini pada 2024-01-31 10:56:15 daripada UKK Norhanita