31 Januari 2024- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia bersama warga kerja Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), bersama-sama menjayakan 'Sesi Riadah Bersama Warga Putrajaya- 10,000 Langkah' sebagaimana minggu yang sebelumnya.
Aktiviti yang dilaksanakan secara mingguan ini telah mendapat perhatian lebih ramai warga kerja di IPKKM untuk meluangkan masa dan menyertai aktiviti bermanfaat ini. Penyertaan yang juga melibatkan pelbagai kementerian dan jabatan yang berada di '5 check point' di sekitar Putrajaya juga turut mengambil peluang ini dengan membersihkan kawasan laluan pejalan kaki sepanjang aktiviti 'Kutip Sampah Sambil Riadah' (KUDAH) ini dijalankan.
Menerusi penganjuran sesi riadah 10,000 langkah ini, KKM akan terus mengajak orang awam untuk melipatgandakan aktiviti berfaedah seperti berjalan kaki (brisk walk) bagi peningkatan stamina dan minda positif dengan menjadikan "berjalan 10,000 langkah" setiap hari sebagai budaya hidup sihat.
Kemaskini pada 2024-02-05 10:49:32 daripada UKK Norhanita