MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN KOMPLEKS WANITA, KANAK-KANAK DAN KARDIOLOGI (KWKK) HOSPITAL RAJA PERMAISURI BAINUN

6 Februari 2024- Majlis Perasmian Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Turut berangkat, Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Pembinaan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi yang telah mula beroperasi sejak Disember 2019 ini telah menelan belanja sebanyak RM 237 juta dengan keluasan sebanyak 14,671 meter persegi di bawah Peruntukan RMK-10. Kerja-kerja pembinaan kompleks ini bermula pada tahun 2013 lanjutan daripada peningkatan pesakit saban tahun dan permintaan tinggi masyarakat bagi perkhidmatan tersebut. Kompleks dengan ketinggian 10 tingkat ini memuatkan sebanyak 404 katil serta turut dilengkapi dengan 304 lot parkir untuk kakitangan dan juga pelawat.

KKM turut meluluskan peruntukan untuk perolehan katil baharu sebanyak RM1.2 juta bagi 250 set katil. Kompleks ini menawarkan tiga perkhidmatan utama iaitu Kardiologi, Pediatrik dan Obstetrik & Ginekologi dan antara sub-perkhidmatan yang ditawarkan. Bangunan ini juga menyediakan lima perkhidmatan sokongan iaitu perkhidmatan Radiologi, Farmasi, Dewan Bedah, Central Sterile Supply Department (CSSD) serta Unit Hasil bagi menyokong kepada kelangsungan penyediaan perkhidmatan di bangunan tersebut.

Kemudahan yang terdapat di Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi ini bakal memberi keselesaan kepada pengunjung sama ada ketika menunggu pesakit ataupun ketika menerima rawatan di hospital. Duli Yang Maha Mulia Sultan Nazrin turut melawat pameran yang diadakan khusus bagi Majlis Perasmian berkenaan oleh Jabatan Kardiologi, Jabatan Pediatrik dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi.

Majlis perasmian berkenaan turut dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Dr. Dzulkelfy Ahmad, Menteri Kesihatan dan para pegawai daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Barisan Kerabat Diraja Negeri Perak, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Jabatan Kesihatan Negeri Perak, ketua- ketua jabatan serta dif-dif jemputan daripada agensi-agensi kerajaan di sekitar negeri Perak.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-13 14:14:39 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page