MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE TAPAK PEMBINAAN KLINIK KESIHATAN JENIS 3 MANJOI.

6 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerja beliau di Negeri Perak ke tapak pembinaan Klinik Kesihatan Jenis 3 Manjoi.

Lawatan ini adalah untuk memantau gerak kerja projek pembinaan klinik ini bagi memastikan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan dengan segera. Semasa lawatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah diberikan taklimat oleh YBhg. Dato’ Ir. Hj. Hamdan bin Ali, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak. Pembinaan bangunan baharu klinik ini telah dilaksanakan sejak tahun 2018 dan dijangka akan siap pada tahun 2025.

Klinik kesihatan ini merupakan klinik kesihatan dengan lima (5) tingkat yang akan menyediakan perkhidmatan Kecemasan dan Pesakit Luar, Klinik Ibu dan Kanak-Kanak, Klinik Rawatan Pergigian, Unit Rehabilitasi dan beberapa perkhidmatan yang lain.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited dalam memastikan pembangunan fasiliti-fasiliti kesihatan yang dirancang di Negeri Perak dapat dilaksanakan dengan baik dan tersusun.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati bin Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Dr. Sirajuddin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-13 14:32:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page