MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN CHEMOR, KINTA, PERAK

6 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengakhiri lawatan kerja beliau ke Negeri Perak dengan lawatan ke Klinik Kesihatan Chemor, Kinta, Perak.

Klinik Kesihatan (KK) Chemor merupakan sebuah klinik jenis 4 yang terletak di Kinta Utara dan telah mula beroperasi sejak 25 Julai 1985. KK Chemor juga bertanggungjawab menyelia beberapa buah klinik lain seperti Klinik Komuniti Kg. Tawas, Klinik Desa Ulu Chepor dan Klinik Desa Ulu Chemor.

Jumlah kedatangan harian pesakit di sini adalah dianggarkan seramai 700-800 orang pesakit dan semakin menambah berikutan peningkatan penduduk sekitar klinik ini. Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah:

1. Rawatan Pesakit Luar

2. Kesihatan Ibu, Bayi dan Kanak-kanak

3. Kecemasan & Ambulans (24 jam)

4. Kesihatan Sekolah

5. HIV/STD/Hepatitis B/ Hepatitis C/ TB

6. Kesihatan Orang Kurang Upaya

7. Dietietik/ Fisioterapi/ Jurupulih Cara Kerja

8. Domisiliari & Virtual Klinik

9. Klinik Berhenti Merokok & Metadon

Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) juga telah mengemukakan permohonan bagi pembinaan sebuah Klinik Kesihatan yang baharu di bawah Rolling Plan 4, RMK-12 untuk tahun 2025 bagi menggantikan KK Chemor yang sedia ada.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha KKM, YBhg. Datuk Dr. Norhayati bin Rusli, Timbalan Ketua Pengarah (Kesihatan Awam) KKM dan YBrs. Dr. Sirajuddin Hashim, Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-13 14:40:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page