MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PERASMIAN WELLNESS HUB UTC PERLIS DAN PROGRAM ADVOKASI MENGURANGKAN GULA SERTA HARI KANSER SEDUNIA PERINGKAT NEGERI PERLIS

7 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Wellness Hub UTC Perlis dan Program Advokasi Mengurangkan Gula serta Hari Kanser Sedunia Peringkat Negeri Perlis yang bertempat di Wellness Hub UTC Perlis.

Sehingga Disember 2023, sebanyak 32 Wellness Hub telah diwujudkan di seluruh negara. Wellness Hub merupakan sebuah pusat komuniti setempat yang menawarkan perkhidmatan kesejahteraan dan kesihatan yang komprehensif dan bersepadu kepada komuniti setempat. Tujuan utama pusat ini adalah untuk membina individu-individu yang bertanggungjawab terhadap kesihatan diri, keluarga dan komuniti.

Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, turut mengambil langkah seiring dengan hala tuju tersebut menerusi projek naik taraf Wellness Hub UTC Perlis pada tahun 2023 yang telah siap sepenuhnya dan mula beroperasi pada bulan Oktober 2023. Penilaian Risiko Kesihatan, Perkhidmatan Pengurusan Berat Badan (iFitER) berkumpulan, senamrobik komuniti mingguan merupakan antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Wellness Hub Perlis.

Pelancaran Kempen Kurangkan Gula peringkat Negeri Perlis ini juga diharap mampu menjadi titik pemula untuk rakyat negeri ini mula mengorak langkah bagi mengamalkan pemakanan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula seharian. Atas sebab itu, penglibatan dan komitmen dari semua peringkat amatlah diharapkan terutamanya peranan besar yang boleh dimainkan oleh kerajaan tempatan di negeri ini.

Sambutan Hari Kanser Sedunia yang jatuh pada tanggal 4 Februari setiap tahun juga merupakan satu inisiatif antarabangsa yang diketuai oleh Union for International Cancer Control (UICC). Tahun 2024 merupakan tahun ketiga tema “Close the Care Gap” atau “Rapatkan Jurang Penjagaan Kanser” digunapakai.

Tema ini mengingatkan bahawa setiap individu berhak mendapatkan penjagaan serta rawatan kanser yang setara, tanpa mengambil kira perbezaan jantina ,umur, tahap sosioekonomi, kaum dan bangsa serta status kewarganegaraan.

Pelbagai aktiviti diadakan sempena sambutan Hari Kanser Sedunia pada tahun ini. Antaranya, pelbagai program komuniti melibatkan kampung angkat pergigian serta lokaliti KOSPEN dengan pelbagai pengisian informatif seperti ceramah kesedaran kanser, pameran, kuiz kesihatan serta perkhidmatan saringan kanser di lapangan.

Turut hadir YB Tuan Megat Hashirat, Exco Kesihatan Negeri Perlis, YBhg. Datuk Dr. Nurhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), dan YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan Negeri Perlis.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-13 14:55:17 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page