MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KLINIK KESIHATAN (KK) SIMPANG EMPAT ,PERLIS

7 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Klinik Kesihatan (KK) Simpang Empat, Perlis. KK Simpang Empat merupakan lokasi pertama lawatan beliau di Perlis.

KK Simpang Empat telah dibina pada tahun 1960 dan pengoperasian klinik ini memanfaatkan 24,807 orang penduduk. Selain itu, terdapat empat (4) buah Klinik Desa yang beroperasi di bawah KK Simpang Empat dengan purata harian kedatangan pesakit seramai 262 orang.

Tujuan utama lawatan kerja ini bertujuan meninjau situasi semasa kerja-kerja menaik taraf bangunan ibu dan anak serta kerja lain yang berkaitan di KK Simpang Empat.

Antara perkhidmatan yang disediakan di KK ini adalah:

1. Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak;

2. ⁠Unit Pesakit Luar;

3. ⁠Unit Farmasi;

4. ⁠Unit Makmal; dan

5. ⁠Klinik Pergigian.

YB Dato Lukanisman berkesempatan menyantuni warga kerja di klinik berkenaan.

Di samping itu, YB Dato Lukanisman turut melawat Klinik Pergigian KK Simpang Empat.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Nurhayati Binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, (Kesihatan Awam), dan YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

image image image image
  image image

Kemaskini pada 2024-02-13 16:19:46 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page