7 Februari 2024- YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia bersama warga kerja Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (IPKKM), sekali lagi telah bersama-sama menjayakan 'Sesi Riadah Bersama Warga Putrajaya- 10,000 Langkah' yang dijadualkan pada setiap hari Rabu secara mingguan.
Penyertaan yang juga melibatkan pelbagai kementerian dan jabatan yang berada di '5 check point' di sekitar Putrajaya juga turut mengambil peluang ini dengan membersihkan kawasan laluan pejalan kaki sepanjang aktiviti 'Kutip Sampah Sambil Riadah' (KUDAH) ini dijalankan.
Usaha berterusan ini, dilihat sebagai suatu langkah positif oleh KKM dalam mengajak semua warga Putrajaya untuk memulakan aktiviti santai yang lebih bermanfaat menerusi 10,000 langkah.
Kemaskini pada 2024-02-13 16:26:49 daripada UKK Norhanita