7 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah meneruskan lawatan kerjanya pada petang ini ke lokasi kedua iaitu ke Klinik Desa (KD) Panggas, Perlis.
Klinik Desa Panggas yang sebelum ini dikategorikan sebagai salah satu ini klinik daif telah dinaik taraf ke bangunan Klinik Desa yang baharu dan beroperasi sepenuhnya pada Januari 2024 dengan memberikan Perkhidmatan Kesihatan Ibu dan Anak. Purata harian kedatangan pesakit adalah seramai 15 hingga 25 orang.
YB Dato Lukanisman telah diberi taklimat ringkas berkenaan pengoperasian fasiliti kesihatan dan seterusnya melawat Bilik Demo, Bilik Prosedur, Bilik Penyusuan, Bilik Pemeriksaan dan Bilik Rekod.
Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Nurhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), dan YBrs. Dr. Ismuni Bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.
Kemaskini pada 2024-02-13 16:33:03 daripada UKK Norhanita