MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL TUANKU FAUZIAH (HTF) KANGAR

7 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan seterusnya melawat ke lokasi keempat, Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dalam lawatan kerja rasmi beliau di Perlis.

Hospital Tuanku Fauziah ini telah mula beroperasi sejak tahun 1990 dan merupakan satu-satunya hospital berpakar milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di negeri tersebut dengan memanfaatkan kira-kira seramai 284,885 orang penduduk.

Dengan purata harian jumlah pesakit seramai 31, 042 orang dan purata jumlah pesakit luar seramai 125, 272 orang, hospital ini menyediakan perkhidmatan seperti:

1. Perkhidmatan Kecemasan & Trauma;

2. Perkhidmatan Pesakit Dalam;

3. Perkhidmatan Klinik Pakar (Pesakit Luar);

4. Perkhidmatan Sokongan Klinikal

5. Perkhidmatan Rawatan Harian;

6. Pusat Latihan Klinikal bagi IPTA dan IPTS.

YB Dato Lukanisman juga meluangkan masa untuk melawat ke Unit Rawatan Rapi 1 dan Jantung sambil diberi taklimat ringkas berkenaan pengoperasian oleh YBrs. Dr. Haryati binti Ab Hashim, Pakar Perubatan hospital HTF.

Seterusnya, YB Dato Lukanisman turut berkesempatan meninjau Pusat Perkhidmatan Dialisis HTF, Hospital Tuanku Fauziah serta beramah mesra dan menyantuni pesakit yang sedang menerima rawatan dialisis di pusat tersebut.

YB Dato Lukanisman juga telah diberi taklimat ringkas berkenaan projek naiktaraf Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah.

Turut hadir, YBrs. Dr. Ismuni bin Bohari, Pengarah Kesihatan Negeri Perlis.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-14 14:13:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page