MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DR. RABINDRA ABEYASINGHE, WAKIL PERTUBUHAN KESIHATAN SEDUNIA (WHO) BAGI MALAYSIA, BRUNEI DARUSSALAM DAN SINGAPURA

8 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Rabindra Abeyasinghe, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura, di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan isu-isu kesihatan dan memperkukuhkan kolaborasi sedia ada antara KKM dan WHO. Semasa kunjungan hormat tersebut, YB Menteri Kesihatan dan Dr. Rabindra telah berbincang dan bertukar pendapat mengenai sistem kesihatan di Malaysia dan bagaimana WHO boleh menyokong hasrat Malaysia.

Perkara lain yang dibincangkan turut merangkumi aspek pendigitalan sistem kesihatan, kawalan bahan tembakau, perubahan iklim dan impaknya terhadap sistem kesihatan, pelaburan bagi menangani kes-kes penyakit tidak berjangkit, serta pengukuhan kapasiti sumber manusia dalam bidang kesihatan.

Selain itu, pelaksanaan resolusi WHA berhubung Behavioural Science, populasi menua, WHO Country Cooperation Strategy 2024-2028 dan situasi kesihatan global, serantau serta Malaysia seperti peningkatan kes denggi, measles dan Tuberculosis turut dibincangkan.Dr. Rabindra juga telah menyatakan komitmen WHO dalam memberi khidmat nasihat dan kepakaran untuk menyokong hasrat KKM bagi memperkukuhan sistem kesihatan Malaysia.

Turut hadir, YBhg. Dato' Seri Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha dan pegawai-pegawai Kanan KKM.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-14 14:43:22 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page