MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI LIBAT URUS BERTAJUK “PELAKSANAAN PELAN STRATEGIK KEBANGSAAN MEMERANGI MASALAH BEBAN BERGANDA MALPEMAKANAN DALAM KALANGAN KANAK-KANAK 2023-2030".

13 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan telah hadir ke Sesi Libat Urus bertajuk “Pelaksanaan Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan dalam Kalangan Kanak-kanak 2023-2030" termasuk di Taman Asuhan Kanak-kanak dan Institusi Pendidikan” di Ibu Pejabat, Kementerian Kesihatan, di Putrajaya baru- baru ini.

Sesi libat urus antara pihak Menteri Kesihatan dan Menteri Pendidikan tersebut diadakan bagi persediaan pembentangan Memorandum dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang akan datang.

Memorandum ini disediakan berdasarkan keputusan Majlis Sosial Negara Bilangan 1 Tahun 2023 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri I yang bersetuju supaya Memorandum Jemaah Menteri dibentangkan berhubung beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak TASKA dan murid sekolah bagi membangunkan generasi masa hadapan yang sihat melalui 'human engineering'.

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, Encik Wan Hashim bin Wan Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan, YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan, YBrs. Tuan Haji Shafruddin Bin Haji Ali Hussin, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan, (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Kementerian Pendidikan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan, Encik Yahya bin Ab Ghani, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Puan Rusidah binti Selamat, Pengarah Pemakanan, Kementerian Kesihatan dan para pegawai Kanan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-15 12:16:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page