MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

BUSINESS MEETING KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERSAMA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA, INDUSTRI DAN PELABURAN (MINTRED) SARAWAK DI BORNEO CONVENTION CENTRE KUCHING, SARAWAK

14 Februari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menghadiri Business Meeting Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching, Sarawak.

Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan berkenaan hala tuju pelaburan di negeri Sarawak dalam sektor kesihatan bersama MINTRED yang diwakili oleh YB Datuk Dr. Malcolm Mussen Ak Lamoh, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) di mana industri peranti perubatan kini dilihat sebagai sebuah industri yang berpotensi tinggi dalam menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara.

Dalam mesyuarat ini, Dr. Muralitharan Paramasua, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) telah membentangkan Pelan Utama Industri Baharu dan Peranan MDA dalam Perkembangan Industri Peranti Perubatan manakala Cik Lo Sheau Sia, Timbalan Setiausaha Tetap MINTRED telah membentangkan Peluang Pelaburan Peranti Perubatan di Negeri Sarawak. Sesi ini diharap dapat menjadi satu permulaan yang baik bagi industri peranti perubatan di Malaysia dengan sokongan dan kerjasama daripada pihak kerajaan ataupun swasta.

Turut hadir YB Datuk Dr. Malcolm Mussen Ak Lamoh, Timbalan Menteri di Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Sarawak dan YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-15 12:24:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page