MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

SESI LIBAT URUS BERSAMA PEMAIN INDUSTRI PERANTI PERUBATAN DI NEGERI SARAWAK DENGAN SOKONGAN DARIPADA KEMENTERIAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA, INDUSTRI DAN PELABURAN (MINTRED), SARAWAK

14 Febaruari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah hadir dalam satu sesi libat urus bersama pemain industri peranti perubatan di negeri Sarawak dengan sokongan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED), Sarawak yang diwakili oleh YB Datuk Dr. Malcolm Mussen Ak Lamoh, Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) di Borneo Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Tujuan utama sesi libat urus ini adalah untuk memberi pemahaman yang mendalam kepada pihak industri terhadap keperluan, isu-isu dan peluang berkaitan peranti perubatan di negeri Sarawak. Selain itu, ia juga turut memberi penekanan kepada peranan MDA dalam membantu mengetengahkan industri peranti perubatan secara keseluruhan khususnya di negeri Sarawak.

Sesi ini juga merupakan satu wadah dalam menyediakan khidmat nasihat dan panduan bagi membantu pemain peranti industri perubatan agar dapat mencari peluang bagi tujuan pertumbuhan industri peranti perubatan dengan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri.

Kerajaan Negeri Sarawak menawarkan pelbagai panduan dan insentif dalam membantu untuk memajukan industri peranti perubatan di negeri ini agar dapat menjadikan Sarawak sebagai hub peranti perubatan di Malaysia Timur.

YB Dato Lukanisman dalam ucapan beliau berharap agar melalui sesi ini, industri peranti perubatan di Malaysia dapat berkembang dengan baik di dalam dan luar negara.

Turut hadir, YBrs. Dr. Veronica Lugah, Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak dan YBrs. Encik Andy Lee Kuan Min, Ahli Lembaga Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia.

 

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-15 12:31:01 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page