MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

HARI KANSER SEDUNIA DI UNIVERSITI CYBERJAYA, SELANGOR.

17 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Hari Kanser Sedunia di Universiti Cyberjaya, Selangor.

Sambutan yang diraikan pada 4 Februari setiap tahun ini bertujuan untuk memastikan kesedaran dan pemahaman tentang kanser demi mencapai tujuan utama kawalan kanser iaitu pengesanan kanser pada tahap awal yang dapat meningkatkan kadar kelangsungan hidup, mengurangkan morbiditi dan meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser.

Tema 'Close the Care Gap' merupakan tema Hari Kanser Sedunia yang menekankan kesaksamaan dalam penjagaan kanser dengan memastikan semua pesakit kanser mendapatkan serta menerima penjagaan kanser yang sepatutnya. Program anjuran bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Universiti Cyberjaya, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Non-Communicable Diseases Malaysia (NCD) ini turut disertai oleh lebih 20 badan bukan kerajaan kanser bagi meneruskan agenda merapatkan jurang penjagaan kanser di Malaysia. YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad turut meluangkan masa melawat reruai-reruai NGO kanser seperti Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-anak Kanser dan Pink Unity.

Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Tan Sri Dato’ Dr. Palan, Pro-Canselor, Universiti Cyberjaya, YBhg. Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Prof. Dr. Zabidi Hussin, Naib Canselor, Universiti Cyberjaya, YBhg. Dato’ Dr. Saunthari Somasundaram Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia dan YBrs. Associate Professor Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-02-19 11:50:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page