17 February 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menghadiri perbincangan meja bulat bersama wakil pengusaha kedai makan Bukit Bintang dan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada rakan-rakan strategik sempena Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) di Hotel Royal Signature, Kuala Lumpur.
Dalam sesi perbincangan ini, wakil-wakil yang terlibat telah menyalurkan pelbagai pertanyaan dan pandangan bagi mencapai titik persefahaman dalam usaha menzahirkan premis makanan yang lebih selesa, indah dan bersih serta mewujudkan negara yang sihat dan bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok menjelang tahun 2040.
Program Walkabout Premis Bersih, Bebas Asap atau ringkasnya ”BeBAs” ini julung kali diadakan dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terutamanya pengusaha premis makanan dan penjaja berkaitan kepentingan kebersihan premis makanan termasuklah kepatuhan kepada larangan merokok.
Program ini juga menitikberatkan konsep pemerkasaan masyarakat dalam memastikan peraturan kebersihan makanan dan larangan merokok di premis makanan sentiasa dipatuhi. melalui kerjasama antara pengusaha premis makanan dengan agensi Kerajaan, agensi swasta, rakan sukarelawan, badan profesional, dan badan bukan Kerajaan (NGO).
Turut hadir, YBhg. Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Dr. Nor'Aishah Abu Bakar Pengarah Kesihatan Negeri Jabatan Keshatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya Ybrs. Dr. Noraryana Hassan Timbalan Pengarah (Penyakit Tidak Berjangkit), Bahagian Kawalan Penyakit, YBrs. Ts. Mahamad Sukor Senapi, Pengarah Pematuhan Pembangunan Industri Program Keselamatan dan Kualiti Makanan dan YBrs. Dr Siti Sarah Amran, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Kemaskini pada 2024-02-19 11:59:03 daripada UKK Norhanita