MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB MENTERI KESIHATAN KE INSTITUT KESIHATAN NEGARA (NIH), SETIA ALAM, SELANGOR

21 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja ke Institut Kesihatan Negara (NIH), Setia Alam, Selangor.Beliau telah melawat fasiliti makmal penyelidikan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan disambut oleh YBrs. Dr. Mohd Fairulnizal Md Noh yang menjalankan tugas Pengarah IMR. Beliau turut melawat makmal Pusat Penyelidikan Perubatan Herba (HMRC) dan telah diberi taklimat berhubung hala tuju dan status terkini penyelidikan herba yang dijalankan di IMR oleh YBrs. Dr. Ami Fazlin Syed Mohamed, Ketua Pusat HMRC.

Sebanyak lima (5) unit terlibat dalam lawatan ini iaitu Unit Informasi Kesihatan Integratif, Fitokimia, Bioasai, Toksikologi dan Farmakologi serta Seksyen Good Laboratory Practice (GLP). Pusat Penyelidikan Perubatan Herba menjalankan penyelidikan pra klinikal untuk pembangunan produk herba.Seterusnya, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad telah diberi taklimat berhubung status terkini penyelidikan vaksin iaitu vaksin ternyahaktif (in-activated) dan mRNA vaksin yang dijalankan oleh penyelidik IMR. Beliau juga dibawa melawat fasiliti makmal penjujukan genom yang menjalankan aktiviti utama penjujukan genom virus SARS-CoV-2 secara rutin di IMR.

Seterusnya, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jtelah melawat Makmal Penyimpanan Atropod (ACL) di Unit Entomologi Perubatan, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit yang merupakan sebuah insektarium dan makmal yang memelihara dan menjalankan kajian penyelidikan berkaitan serangga seperti nyamuk, lipas dan lalat. Fasiliti ini juga menempatkan makmal dan tempat pemeliharan nyamuk Aedes berWolbachia.

Institut Kesihatan Negara (NIH) merupakan institusi penyelidikan yang memberi tumpuan terhadap penyelidikan kesihatan untuk menyokong KKM dan pihak berkepentingan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Terdapat enam (6) institut penyelidikan iaitu Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Umum (IKU), Institut Penyelidikan Klinikal (ICR), Institut Penyelidikan Sistem Kesihatan (IHSR), Institut Pengurusan Kesihatan (IHM) dan Institut Penyelidikan Tingkah Laku Kesihatan (IPTK) serta Pejabat Pengurus dan Pejabat Pendaftar yang kemudiannya digabungkan menjadi satu organisasi penyelidikan yang dikenali sebagai NIH pada 2019.

Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan), YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), YBrs Dr. Murizal Zainol, Pengurus NIH, Pengarah-Pengarah Institut NIH, pegawai-pegawai kanan KKM dan NIH.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-22 10:23:23 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page