MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TYT TAKAHASHI KATSUHIKO, DUTA BESAR JEPUN KE MALAYSIA

22 Februari 2024, Putrajaya – YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Takahashi Katsuhiko, Duta Besar Jepun ke Malaysia.Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincang dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Jepun yang telah lama terjalin. TYT Takahashi Katsuhiko mengucapkan tahniah atas pelantikan YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan Malaysia.

Sesi kunjungan hormat ini telah dimulakan dengan persetujuan dua pihak bahawa Malaysia dan Jepun perlu meluas dan mempelbagaikan lagi bidang kerjasama antara kedua-dua negara sempena meraikan ulang tahun ke-40 Dasar Pandang ke Timur (Look East Policy). Bidang kesihatan merupakan antara bidang yang mempunyai potensi luas untuk memperkukuhkan kolaborasi strategik antara Malaysia dan Jepun.

Seterusnya, perbincangan berkisar mengenai kawalan dan pencegahan penyakit denggi. Pelbagai teknologi baharu yang telah dibangunkan oleh beberapa buah syarikat Jepun serta berpotensi untuk digunakan bagi menangani kes denggi di Malaysia turut diperkenalkan.

Selain itu, pertemuan ini juga membincangkan isu keselamatan dan kualiti makanan. Pihak Jepun sentiasa memastikan makanan yang dieksport ke Malaysia terutamanya produk makanan laut adalah selamat dan berkualiti tinggi. Kedua-dua pihak menyatakan komitmen akan sentiasa mematuhi Food Regulations 1985.

Sesi ini juga membincangkan kolaborasi strategik dalam bidang farmaseutikal. Kedua-dua pihak bersetuju bahawa sesi libat urus antara badan regulatori dan pemain industri perlu dilaksanakan memastikan aspirasi Kementerian dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Akhir sekali, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama erat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang terbaik antara Malaysia dan Jepun. Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai dari pejabat Kedutaan Jepun di Malaysia.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-23 10:22:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page