MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PERASMIAN DEWAN SERBAGUNA JABATAN KESIHATAN LABUAN PADA MAJLIS PERHIMPUNAN BULAN FEBRUARI 2024

23 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan perasmian Dewan Serbaguna Jabatan Kesihatan Labuan pada Majlis Perhimpunan Bulan Februari 2024 Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan sempena Program Madani Rakyat Labuan.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited dan fokus dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan di seluruh negara termasuk WP Labuan. Antara yang lain termasuk menaiktaraf sistem penghawa dingin, menaiktaraf sistem 'chiller' di Hospital Labuan, pembaikan bumbung hospital serta menaiktaraf klinik daif bagi menjamin keselamatan dan keselesaan kepada pesakit dan kakitangan KKM.

Selepas majlis perhimpunan, Dato Lukanisman telah diberikan taklimat oleh Dr. Francis Paul, Pengarah Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (JKWP) Labuan mengenai perkhidmatan KKM di WP Labuan. Beliau juga meluangkan masa menyantuni dan sual kenal warga kerja kesihatan di kompleks Jabatan kesihatan WP Labuan.

Turut hadir YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBrs Dr. Noormi Binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labuan.

 

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-02-26 10:42:36 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page