MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE KOMPLEKS JKWP LABUAN

23 Februari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan (YBTMK) telah memulakan lawatan di Kompleks JKWP Labuan sejurus selepas mesyuarat bersama JKWP Labuan dengan melawat tapak pembinaan kuarters, meninjau keadaan bangunan lama di sekitar kompeks dan cadangan tapak baharu Kompleks JKWP Labuan.

Selain itu, YBTMK telah melawat Klinik Kesihatan Labuan yang berada di dalam sekitar kompleks JKWP Labuan bagi meninjau pengoperasian harian klinik ini dan meneliti penambahbaikan yang boleh dilaksanakan. Klinik ini menyediakan perkhidmatan pesakit luar, x-ray, farmasi, makmal dan Klinik Ibu dan Anak kepada hampir 23,000 penduduk sekitar bandar Labuan. Semasa sesi lawatan tersebut, YBTMK telah diberi taklimat oleh Dr. Shuhada, Pegawai Kesihatan yang menjaga berkaitan pengoperasian klinik Kesihatan Labuan.

Dato Lukanisman sempat meluangkan masa menyantuni warga kerja Klinik Kesihatan Labuan disamping beramah mesra dengan pesakit yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di KK tersebut.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBrs Dr. Noormi Binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labuan.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-26 12:27:13 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page