MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE 3 KLINIK DESA (KD) DI LABUAN, IAITU KLINIK DESA SUNGAI LADA, KLINIK DESA LAYANG-LAYANGAN DAN KLINIK DESA BATU MANIKAR.KLINIK DESA SUNGAI LADA

YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan kerja pada sebelah petang ke 3 Klinik Desa (KD) di Labuan, iaitu Klinik Desa Sungai Lada, Klinik Desa Layang-Layangan dan Klinik Desa Batu Manikar.Klinik Desa Sungai Lada ditubuhkan pada Februari 1978 dengan purata harian kehadiran pesakit seramai 14 orang.

Dato Lukanisman meneruskan lawatan kerja di Labuan ke KD Lanyang-Lanyangan yang telah dibina pada tahun 1969. KD tersebut telah dinaiktaraf pada Tahun 2009 dengan perkhidmatan 'visiting doctor'. Purata kedatangan pesakit harian sebanyak 15 hingga 20 orang sehari.

Lawatan kerja di akhiri dengan lawatan ke KD Batu Manikar. KD Batu Manikar dibina pada tahun 1978 dengan tenaga kerja dengan purata kedatangan pesakit harian sebanyak 8 hingga 10 orang sehari.Ketiga-tiga Klinik Desa menyediakan perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan kesihatan wanita, perkhidmatan kesihatan Ibu dan anak dan perkhidmatan lawatan rumah. Dato Lukaniman meluangkan masa menyantuni ketiga-tiga warga kerja di KD dan juga meninjau keadaan fasiliti dan kemudahan yang disediakan di Klinik desa di samping bermesra dengan pesakit yang menunggu di KD tersebut.

Lawatan Dato Lukanisman ke ketiga-tiga Klinik Desa disambut dan diberi keterangan oleh Dr. Viviane Bincy Lodin, pegawai perubatan kesihatan primier, Dr. Natalie Paul, pegawai perubatan kesihatan keluarga, Dr. Jesica, pegawai perubatan pembangunan Kesihatan keluarga dan Dr. Anis Fazlin, pegawai perubatan yang menjaga Klinik Desa.

Turut hadir YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBrs. Dr. Noormi Binti Othman, Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM dan YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan.

image image image image
image image image image
  image image

 

 


Kemaskini pada 2024-02-26 12:35:19 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page