MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS APRESIASI RAKAN STRATEGIK JABATAN KESIHATAN WP LABUAN SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT LABUAN

24 Februari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan (YBTMK) telah hadir ke Majlis Apresiasi Rakan Strategik Jabatan Kesihatan WP Labuan sempena Program Madani Rakyat Labuan pada Jumaat di Hotel Tiara, Labuan.

Majlis ini diadakan bagi menghargai sumbangan rakan strategik dalam menjayakan aktiviti dan program yang dianjurkan oleh JKWP Labuan sepanjang tahun 2023. Seramai 60 rakan strategik telah diraikan pada malam tersebut. Antaranya adalah agensi Kerajaan, media, NGO, KOSPEN dan COMBI. YBTMK juga telah menyampaikan sijil dan plak penghargaan kepada rakan strategik tersebut.

Melalui majlis ini juga, YB Dato Lukanisman telah menyempurnakan simbolik penyerahan sumbangan Surau Al Kausar JKWP Labuan daripada pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan kepada KKM. Projek pembangunan Surau Al Kausar merupakan projek wakaf pertama MAIWP di Labuan melalui dana wakaf tunai khas. Projek surau ini akan dibangunkan di dalam kawasan Klinik Kesihatan Membedai, Labuan dan surau ini mampu menampung 200 jemaah dalam satu masa. Surau Al Kausar ini akan memudahkan petugas klinik kesihatan, pesakit dan masyarakat setempat menunaikan solat apabila ia beroperasi kelak.

Majlis turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBrs Dr. Noormi binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labuan.

 

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-26 14:34:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page