24 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah hadir melakukan lawatan kerja rasmi ke Hospital Tanjong Karang, Kuala Selangor.Tujuan utama lawatan ini dilakukan adalah untuk meninjau perkembangan semasa dan mendengar taklimat pengoperasian hospital fasiliti ini agar perkhidmatan kesihatan yang lancar dan terbaik dapat diberikan kepada seluruh penduduk Tanjong Karang dan sekitarnya.
Hospital Tanjong Karang ini merupakan sebuah Hospital Pakar Minor yang berkapasiti sebanyak 150 katil telah mula beroperasi sepenuhnya sejak 10 Oktober 2022. Hospital ini juga memanfaatkan lebih 350,000 penduduk di sekitar Kuala Selangor.
Antara perkhidmatan rawatan yang ditawarkan secara berfasa sejak permulaan pengoperasian hospital ini adalah pembedahan, kecemasan, perubatan umum, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, ortopedik, anestesiologi, radiologi, patologi serta bedah mulut dan maksilofasial. Selain itu, hospital ini turut menawarkan menawarkan perkhidmatan pakar secara lawatan bagi otorinolaringologi (ORL), oftalmologi, psikiatrik dan forensik.
Turur hadir, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, YBhg. Dato' Indera Dr. Nor Azimi binti Yunus, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Kementerian Kesihatan Malaysia dan YBrs. Dr. Mohd Zamri, Pengarah Hospital Tanjong Karang.
Kemaskini pada 2024-02-27 08:59:42 daripada UKK Norhanita