MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

PROGRAM 1 HOUR LABUAN CLEAN UP PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN DI KAMPUNG BEBULOH LAUT.

24 Februari 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Program 1 Hour Labuan Clean Up peringkat Wilayah Persekutuan Labuan di Kampung Bebuloh Laut.

Program One Hour Labuan Clean Up ini telah dijalankan pada setiap bulan dengan kerjasama pelbagai jabatan, agensi dan masyarakat setempat sejak dilancarkan pada 27 Ogos 2023. Program ini memfokuskan kepada aktiviti gotong-royong, amalan kitar semula, penglibatan komuniti dan aktiviti pendidikan kesihatan bersemuka bersama komuniti setempat. Ia juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Teras 4 Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) iaitu Memantapkan Kebersihan Persekitaran.

YBTMK turut menyampaikan COMBI kit kepada 12 pasukan COMBI yang aktif di sekitar Labuan. COMBI Kit ini digunakan untuk aktiviti Cari dan Musnah. Aktiviti gotong - royong telah berlangsung selama 1 jam dengan mendapat kerjasama Pasukan COMBI WP Labuan dan penduduk di sekitar Kampung Beluloh Laut. YBTMK juga sempat beramah mesra dengan penduduk setempat.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), KKM, YBrs Dr. Noormi Binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labu

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-27 09:10:10 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page