MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN HARI TERBUKA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT LABUAN TAHUN 2024 DI KOMPLEKS UJANA KEWANGAN, LABUAN.

24 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah merasmikan Majlis Penutup Sambutan Hari Terbuka Kementerian Kesihatan Malaysia sempena Program MADANI Rakyat Labuan Tahun 2024 di Kompleks Ujana Kewangan, Labuan.

Program MADANI Rakyat Labuan Peringkat KKM kali ini memberi tumpuan kepada aktiviti yang memberi manfaat secara terus kepada masyarakat. KKM telah melaksanakan program saringan kesihatan di bawah Inisiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI) sepanjang minggu Program MADANI Rakyat di Labuan yang bermula pada 19 hingga 24 Februari 2024.

Dato Lukanisman menyatakan bahawa Hari Terbuka ini dapat memupuk kesedaran penjagaan kesihatan kendiri dan keluarga sekali gus dapat membina sebuah komuniti yang sihat fizikal dan mental. Beliau menyeru kepada yang hadir pada hari ini menggunakan kesempatan untuk melakukan saringan kesihatan pada bagi memastikan diri mendapat pencegahan dan rawatan sewajarnya.

Dato Lukanisman meluangkan masa melawat pameran-pameran kesihatan yang informatif. Terdapat 16 booth pameran kesihatan seperti Job Fair, Derma darah, saringan kesihatan, PEKA B40, demotrasi CPR, saringan penglihatan, kanser mulut dan sebagainya.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBrs Dr. Noormi Binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM, YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan dan YBrs. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labuan.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-28 09:42:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page