MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

LAWATAN KERJA YB TIMBALAN MENTERI KESIHATAN KE HOSPITAL LABUAN

25 Februari 2024- YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah mengakhiri Program Madani Rakyat di Labuan dengan lawatan terakhir ke Hospital Labuan.Satu sesi taklimat telah diberikan oleh YBrs. Dr. Adnan Musa Balidran, Pengarah Hospital Labuan mengenai perkhidmatan, perjawatan dan cabaran yang dihadapi di Hospital Labuan.

Hospital Labuan siap dibina pada Januari 1995 dan mula beroperasi pada Jun 1995 dengan kapasiti katil sebanyak 109 katil pada masa itu. Pada tahun 2014, kapasiti katil telah ditambah kepada 122 katil.Hospital Labuan merupakan hospital berpakar minor menyediakan perkhidmatan pesakit dalam (seperti Bilik bersalin, Dewan bedah, wad pediatrik, ICU dan lain-lain), perkhidmatan pesakit luar (seperti ED, Hemodialisis, perkhidmatan klinik pakar, farmasi dan lain-lain) dan juga menyediakan 12 perkhidmatan kepakaran (seperti perubatan am, Orthopedik, Oftalmologi dan lain-lain).

Dato Lukanisman telah melawat sekitar Hospital Labuan ke asrama jururawat, Unit Hemodialisis, Jabatan Kecemasan, Balai pejawat bagi meninjau kemudahan dan fasiliti yang disediakan di Hospital Labuan. Dato Lukanisman berkesempatan beramah mesra dan pesakit yang sedang mendapat perkhidmatan hemodialisis dan juga para petugas di Jabatan Kecemasan Hospital Labuan.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Dato’ Zainal Alhakab Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM, YBrs Dr. Noormi Binti Othman Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) KKM dan YBrs. Dr. Francis Paul, Pengarah JKWP Labuan

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-28 09:57:51 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page