MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS PENUTUPAN PROGRAM MADANI RAKYAT ZON TENGAH YANG DISEMPURNAKAN OLEH YAB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, PERDANA MENTERI DI KOMPLEKS SUKAN KUALA SELANGOR.

25 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir ke Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat Zon Tengah yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri di Kompleks Sukan Kuala Selangor.

Program MADANI Rakyat adalah kesinambungan daripada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Disember lalu.

Program ini diteruskan ke peringkat negeri mengikut zon bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat untuk bersama-sama memahami, melihat dan menilai dasar serta inisiatif baharu yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI dalam usaha meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Program MADANI Rakyat Zon Tengah merangkumi Negeri Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ini memberi tumpuan kepada aktiviti yang berkaitan dengan pertanian dan keterjaminan makanan, program TVET serta program kesejahteraan rakyat, selain pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh agensi Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor khususnya.

Program MADANI Rakyat juga merupakan sebuah medium atau saluran untuk orang ramai mendapatkan perkhidmatan secara langsung daripada Kementeriean Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pengisian dan aktiviti-aktiviti di reruai seperti advokasi dan pameran keselamatan makanan, pameran makmal keselamatan dan kualiti makanan, promosi dan khidmat nasihat Program Latihan di Institut Latihan KKM (ILKKM), pameran Kenali Ubat Anda, promosi aplikasi Farmachecker dan contoh ubat tidak berdaftar, advokasi dan pameran Kurangkan Gula.

Selain itu, Saringan Kesihatan PeKa B40 & Kepentingan Penjagaan Kesihatan, Sembang Santai Wanita Cakna Keselamatan Makanan (WACANA), Latihan Memberus Gigi (LMG) Berirama , Persembahan Puppet dan Klinik Pergigian Bergerak serta Wellness on Wheels (WoW) sebagai fasiliti menyediakan perkhidmatan kesejahteraan kesihatan secara bergerak.

Turut hadir, YAB Dato’ Seri Amirudin bin Sahri, Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Haji Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak, YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan dan Negeri.

image image image image
image image image image
image image image
image image

Kemaskini pada 2024-02-28 10:18:58 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page