MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PYT AILSA TERRY, PESURUHJAYA TINGGI UNITED KINGDOM DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

26 Februari 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada PYT Ailsa Terry, Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk memperkukuhkan hubungan bilateral yang telah sedia terjalin antara kedua-dua negara di samping mengetahui aspirasi YB Menteri Kesihatan bagi memperkasa perkhidmatan kesihatan agar United Kingdom boleh turut sama membantu dalam mencapai aspirasi berkenaan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, YB Menteri Kesihatan dan PYT sempat membincangkan berkenaan reformasi kesihatan yang perlu dilaksanakan oleh Malaysia bagi mencapai kualiti perkhidmatan kesihatan yang cemerlang.

Dalam hubungan ini, perkara-perkara seperti jurang perbezaan penyampaian perkhidmatan kesihatan terutamanya di Sabah dan Sarawak perlu diminimumkan, peningkatan kesedaran berkaitan _antimicrobial resistance_(AMR), pendigitalan sistem kesihatan, pengharmonian program _parallel pathway specialist training_, vaksin dan peluang kerjasama dalam bidang kajian klinikal turut dibincangkan.

PYT Ailsa juga telah menyatakan kesudian United Kingdom untuk berkongsi maklumat dan strategi bersama Malaysia bagi beberapa isu yang dihadapi oleh Kerajaan United Kingdom dalam usaha pendigitalan perkhidmatan kesihatan serta kekurangan sumber manusia dalam bidang kesihatan.

Turut hadir, YBhg. Dato' Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan YBhg. Datuk Dr. Nor Fariza binti Ngah, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan Dan Sokongan Teknikal).

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-29 09:04:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page