MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA DR. ALBERTO RODRIGUEZ, PENGARAH SERANTAU BAGI PEMBANGUNAN MANUSIA DI RANTAU ASIA TIMUR DAN PASIFIK KUMPULAN BANK DUNIA (WBG)

26 Februari 2024- YB Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Alberto Rodriguez, Pengarah Serantau bagi Pembangunan Manusia di rantau Asia Timur dan Pasifik Kumpulan Bank Dunia (WBG) di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Kunjungan hormat ini adalah untuk membincangkan perkongsian berterusan antara Kerajaan Malaysia dan Kumpulan Bank Dunia. Salah satu intipati utama kunjungan ini juga untuk merakamkan penghargaan daripada Kumpulan Bank Dunia kepada Malaysia di atas komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam semua usaha bersama.

Satu peristiwa penting dalam perjalanan kerjasama antara Malaysia dan WBG ialah Kajian Penawaran dan Permintaan Sumber Kesihatan 'Supply and Demand Study for Health' yang berterusan. Kajian ini bukan sahaja mengukuhkan kerjasama antara Kumpulan Bank Dunia dan Malaysia tetapi juga menekankan komitmen kedua-dua pihak untuk menangani cabaran sektor kesihatan.

Kumpulan Bank Dunia juga amat komited untuk meneruskan sokongannya terhadap inisiatif transformasi Malaysia dalam memupuk penambahbaikan yang mampan dalam sektor penjagaan kesihatan, memastikan akses yang lebih baik dan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan untuk semua rakyat Malaysia.Perbincangan antara kedua-dua pihak ini mencerminkan semangat kerjasama dan matlamat bersama dalam mempromosikan pembangunan kapasiti manusia di Malaysia dan menjadi bukti perkongsian kukuh dan membina antara Kumpulan Bank Dunia dan Malaysia.

Turut hadir, Dr. Ronald Upenyu Mutasa, Pengurus Amalan, Kesihatan, Pemakanan dan Populasi, Asia Timur dan Pasifik, Tuan Christophe Lemiere, Ketua Program Pembangunan Manusia untuk Vietnam dan YBrs. Dr. Davis Johnraj, Timbalan Pengarah Kanan (Pakar Perubatan Kesihatan Awam) Bahagian Perancangan KKM.

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-02-29 09:11:41 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page