YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima sumbangan berjumlah RM89,137.64 daripada Pos Malaysia Berhad (PMB) di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Cek sumbangan ini telah diserahkan oleh Encik Raja Ahmad Hidzir Raja Muhamad, Ketua Pegawai Insan Kumpulan Pos Malaysia dan disaksikan oleh YB Datuk Lukanisman Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Dato’ Sri Norazman Ayob, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) dan Puan Norhaliza A. Halim, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi.
Kolaborasi Program Perkhidmatan Farmasi KKM dengan Pos Malaysia sejak tahun 2011, melalui penawaran perkhidmatan “Ubat Melalui Pos (UMP)” bagi membantu pesakit menerima bekalan ubat susulan di lokasi pilihan masing-masing tanpa perlu ke fasiliti kesihatan KKM. Bermula Julai 2023, sebanyak RM0.28 dan RM0.59 bagi setiap parcel UMP yang dihantar oleh pihak Pos Malaysia mengikut kawasan yang akan disumbangkan ke Tabung Amanah KKM.
Sepanjang tempoh pelaksanaan inisiatif UMP sehingga bulan Disember 2023, Pos Malaysia telah menyumbang sebanyak RM793,000.00 ke dalam Tabung Amanah KKM dan daripada jumlah tersebut, RM706,000.00 telah dibelanjakan untuk rawatan pesakit kanser melalui pembelian peralatan perubatan.
KKM merakamkan penghargaan dan ribuan terima kasih di atas sumbangan pihak PMB ini dan berharap kolaborasi strategik antara sektor awam dan swasta akan berterusan pada masa hadapan demi kesejahteraan rakyat.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2024-03-12 09:58:43 daripada UKK Norhanita














