9 Mac 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan telah menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Kuala Lumpur.
Tema yang dipilih, “Kesihatan buah pinggang untuk semua: Memantapkan akses rawatan yang optima dan saksama” amat bertepatan dalam usaha bagi meningkatkan kesedaran tentang pentingnya akses rawatan yang saksama dan strategi secara kolaboratif yang perlu dilaksanakan bagi meningkatkan akses kepada rawatan yang optima bagi mereka yang menghidap penyakit buah pinggang.
Statistik kajian tempatan menunjukkan 1 di antara 7 orang rakyat dewasa Malaysia mengalami penyakit buah-pinggang kronik dan statistik terkini dari Malaysian Dialysis and Transplant Registry menunjukkan seramai lebih 9,500 pesakit baru dikenalpasti perlu menjalani rawatan dialisis setiap setahun.Penyakit diabetes merupakan penyumbang utama kepada pesakit baru bagi rawatan dialisis di Malaysia dimana 53% pesakit baru bagi rawatan dialisis merupakan penghidap penyakit diabetes.
Di Malaysia, sebanyak 2.24 juta rakyat Malaysia didiagnosis dengan penyakit diabetes berdasarkan data daripada Persekutuan Diabetes Antarabangsa (International Diabetes Federation).
Kerajaan Malaysia sangat komited dalam memerangi peningkatan penyakit tidak berjangkit ini dan telah memfokuskan pencegahan penyakit buah pinggang kronik (CKD) di dalam Agenda Kesihatan Kebangsaan.
Turut hadir, YBrs. Dr. Norhayati binti Ibrahim,Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Perkembangan Perubatan KKM,YBrs. Dr. Sunita Bavanandan, Ketua Subkepakaran Nefrologi KKM, YBhg.Dato’ Dr. Lily Mushahar Presiden Persatuan Nefrologi Malaysia dan YBrs. Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF).
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
Kemaskini pada 2024-03-12 10:45:18 daripada UKK Norhanita


















