MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SAMBUTAN MINGGU GLAUKOMA SEDUNIA, PERINGKAT KEBANGSAAN MALAYSIA BAGI TAHUN 2024 DI THE GREY BOX, GMBB MALL, BUKIT BINTANG

9 Mac 2024 - KUALA LUMPUR, YB Dato Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan merasmikan Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia, Peringkat Kebangsaan Malaysia bagi tahun 2024 di The Grey Box, GMBB Mall, Bukit Bintang.

Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia merupakan sebuah program tahunan anjuran Persatuan Glaukoma Malaysia (Malaysian Glaucoma Society)(MGS) dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Oftalmologi Malaysia (Malaysian Society of Ophthalmology), Kolej Oftalmologi, Akademia Perubatan Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia . Tema sambutan pada tahun ini adalah “Uniting for a Glaucoma-Free world” sejajar dengan visi penubuhan Persatuan Glaukoma Malaysia.

Glaukoma ialah sejenis penyakit kronik yang disebabkan oleh kerosakan pada saraf optik mata dan boleh menyebabkan masalah penglihatan yang serius atau pada tahap yang lebih buruk membawa kepada kebutaan kekal.Glaukoma juga dikenali sebagai penyakit pencuri penglihatan senyap kerana pesakit glaukoma tidak mempunyai sebarang petanda pada peringkat awal dan hanya berjumpa doctor mata setelah penglihatan mereka terjejas teruk iaitu pada tahap akhir.

Kebutaan akibat glaukoma boleh dibendung sekiranya pesakit mendapatkan rawatan pada peringkat awal. Kajian pada tahun 2014 oleh National Eye Survey II mendapati kadar kebutaan di kalangan warga berumur 50 tahun dan ke atas adalah sebanyak 1.2 % dan 6.6% daripadanya adalah disebabkan oleh glaukoma.

Seperti penyakit- penyakit kronik yang lain, penyakit glaukoma juga memberi kesan dan beban kepada ekonomi negara dari segi kos rawatan dan pembedahan yang semakin meningkat. Ia juga memberi impak yang tinggi kepada kehidupan pesakit di mana pesakit perlu bergantung kepada waris dalam urusan harian, kemurungan dan berasa cemas

Sejajar dengan itu, program Minggu Glaukoma Sedunia diadakan setiap tahun bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang awam tentang penyakit glaucoma dan menjalankan ujian saringan mata terutamanya individu yang berisiko. Program ini yang diadakan pada setiap minggu kedua, bulan ketiga setiap tahun adalah inisiatif Persatuan Glaukoma Sedunia (WGA) dan pelbagai aktiviti akan dianjurkan oleh persatuan ataupun pertubuhan tempatan bagi mencapai objektif tersebut.

Turut hadir Dr. Fang Seng Kheong, Presiden Malaysia Glaucoma Society dan Dr Ng Hong Kee, Pengerusi Sambutan World Glaucoma Week Malaysia 2024.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-03-12 11:45:47 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page