MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

MAJLIS PELANCARAN HARI PEMBANTU PERUBATAN KE-13 PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 DI PUTRAJAYA

10 Mac 2024- YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan menyempurnakan Majlis Pelancaran Hari Pembantu Perubatan Ke-13 Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di Putrajaya dengan tema “Bakti Mulia, Masyarakat Sejahtera, Aspirasi Malaysia Madani”.

Acara tahunan yang disambut pada 10 Mac ini adalah bagi meraikan semua Penolong Pegawai Perubatan (PPP) di seluruh negara sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan di atas bakti mulia dalam menyampaikan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

Pada ketika ini bilangan Pembantu Perubatan di negara ini berjumlah 24,545 orang iaitu dengan nisbah 1:1360 populasi penduduk. Seramai 19,654 Pembantu Perubatan berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 4,891 Pembantu Perubatan berada di sektor swasta.

Pihak kementerian sentiasa mengiktiraf peranan penting Pembantu Perubatan sebagai antara profesion utama di dalam sistem penyampaian kesihatan di negara ini. Jasa dan pengorbanan semua Pembantu Perubatan termasuk sejak sebelum merdeka sehingga kini akan sentiasa dikenang dan dihargai.

Turut hadir, YBrs. En. Zulhelmi bin Abdullah, Ketua Penolong Pegawai Perubatan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Mustafa bin Majid, Presiden Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia, YBrs. Tuan Haji Zabidi bin Mohd Taha, Presiden Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia dan YBrs. Dr. Alias Mahmud, Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia.

image image image
image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-03-12 12:20:29 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page