15 Mac 2024- YB Datuk Seri Dr.Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan Walkabout Bazar Ramadan dan menyempurnakan Pelancaran “Kick-Off” Ops Kebersihan Dan Keselamatan Makanan Bazar Ramadan 2024 di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) menjalankan pemantauan ke atas premis Bazar Ramadan seluruh negara pada setiap tahun.
Ini bagi memastikan makanan yang disediakan dan dijual adalah selamat dan mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
Sehubungan itu, penggunaan Kod QR bagi maklum balas kebersihan dan keselamatan makanan Bazar Ramadan Putrajaya yang dilancarkan pada tahun 2023 turut diteruskan pada tahun ini bagi memudahkan pengguna untuk menyalurkan sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan di bazar-bazar sekitar Putrajaya.
YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad juga telah menyerahkan dan memakai apron kepada dua (2) peniaga serta mengagihkan bahan pendidikan kesihatan keselamatan makanan kepada gerai-gerai tersebut.
Turut hadir YB Dato Lukanisman bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Muhammad Radzi bin Abu Hassan, Ketua Pengarah Kesihatan, YBhg. Datuk Dr. Norhayati Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), YBrs. Ts. Norrani bt. Eksan, Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM dan Encik Nik Shukri bin Nik Soh Naib Presiden (Perkhidmatan Bandar), Perbadanan Putrajaya.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kemaskini pada 2024-03-18 09:36:36 daripada UKK Norhanita




















