MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TYT ABDELHAFID BOUNOUR, DUTA BESAR REPUBLIK DEMOKRATIK RAKYAT ALGERIA DI BANGUNAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR.

18 Mac 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Abdelhafid Bounour, Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Algeria di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Objektif sesi kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama dua hala antara kedua-dua buah negara terutamanya dalam diplomasi kesihatan.

Semasa kunjungan hormat tersebut, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan TYT Abdelhafid Bounour telah bertukar pendapat mengenai sistem kesihatan di kedua-dua negara. Selain itu, kunjungan hormat tersebut juga telah membincangkan mengenai cadangan kerjasama dalam pelbagai bidang kesihatan melibatkan pendidikan, penyelidikan, industri farmaseutikal, peranti perubatan dan pelancongan kesihatan.

Kerjasama ini dijangka dapat dipertingkatkan dengan cadangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (Memorandum of Understanding - MoU) antara Malaysia dan Algeria yang akan memberi manfaat kepada industri kesihatan kedua-dua negara.

Turut hadir Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-03-19 10:13:14 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page