MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA TYT VANU GOPALA MENON, PESURUHJAYA TINGGI REPUBLIK SINGAPURA KE MALAYSIA.

5 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura ke Malaysia. Sesi kunjungan hormat ini adalah untuk membincang dan mengeratkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dengan Republik Singapura yang telah lama terjalin.

Sesi kunjungan hormat ini telah dimulakan dengan persetujuan kedua - dua pihak bahawa Malaysia dan Republik Singapura telah bekerjasama dengan baik semasa berhadapan dengan pandemik COVID-19. Hubungan erat ini harus diteruskan untuk memperkukuh kesiapsiagaan bagi mendepani sebarang ancaman pendemik di masa hadapan.

YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad memaklumkan bahawa antara fokus utama Kementerian Kesihatan Malaysia adalah reformasi pembiayaan kesihatan dalam usaha untuk mewujudkan sistem pembiayaan kesihatan nasional yang lebih menyeluruh dan mampan. Selain itu, TYT Vanu Gopala Menon turut berkongsi tentang inisiatif yang merupakan satu strategi Kementerian Kesihatan Republik Singapura yang memberi fokus kepada pencegahan penyakit terutamanya penyakit tidak berjangkit. 

Kedua - dua pihak juga membincangkan isu berkenaan potensi kerjasama erat antara sektor awam dan swasta serta pembangunan modal insan dalam bidang kesihatan. Kerjasama dalam bidang kesihatan antara Malaysia dan Republik Singapura akan dieratkan lagi melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dalam bidang regulatori farmaseutikal yang akan ditandatangani pada 6 Mei 2024.

TYT Vanu Gopala Menon turut mengundang YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly Ahmad untuk mengadakan lawatan kerja ke Republik Singapura.

Akhir sekali, kedua-dua pihak menyatakan komitmen untuk terus bekerjasama erat terutamanya dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang terbaik antara Malaysia dan Republik Singapura.

Sesi kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pegawai dari Suruhanjaya Tinggi Republik Singapura di Malaysia.

image image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-05-01 11:55:30 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page