10 April 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan hadir meluangkan masa menyantuni warga kerja Hospital Ampang sempena Sambutan Aidilfitri.
Lawatan bermula dengan sesi taklimat mengenai Hospital Ampang dan diteruskan dengan lawatan ke Wad Hematologi, Wad Pediatrik dan Jabatan Kecemasan.
Lawatan ini bertujuan untuk memberikan semangat dan penghargaan kepada warga kerja KKM yang bertugas pada Hari Raya. Jasa dan pengorbanan mereka sebagai frontliner amat dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.
Dr. Dzulkefly mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga kerja KKM khususnya petugas Hospital Ampang semasa lawatan beliau dan Dr. Dzulkefly sempat beramah mesra dengan pesakit-pesakit yang mendapatkan rawatan di Hospital Ampang.
Turut hadir ialah YBrs. Dr. Ummi Kalthom binti Shamsudin, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan YBrs. Dr. Zulfadli bin Mohd Yunus, Timbalan Pengarah (Perubatan) II dan Dr. Rahimah binti Mohd Sahudi @ Sahud, Timbalan Pengarah (Perubatan) III.
Kemaskini pada 2024-04-18 11:18:11 daripada UKK Norhanita