MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

ZIARAH AIDILFITRI DAN RAMAH MESRA PERDANA MENTERI DI HOSPITAL KUALA LUMPUR

11 April 2024- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan isteri, YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang diiringi oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan sesi ziarah dan ramah mesra dengan dan petugas barisan hadapan di Hospital Kuala Lumpur.

Menyambut ketibaan adalah YBhg. Datin Paduka Dr. Rohana binti Johan, Pengarah Hospital, YBrs. Dr. Mohd Syafiq Ismail bin Azman, Timbalan Pengarah (Perubatan) III, YBrs. Dr. Saiful Safuan bin Md Sani, Ketua Jabatan Perubatan dan kakitangan yang bertugas.

Perdana Menteri serta isteri dan Menteri Kesihatan telah meluangkan masa untuk beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada pesakit dan kakitangan di Wad Perubatan 18A. Ini adalah susulan lawatan dan ramah mesra bersama pesakit dan petugas di Hospital Ampang oleh Menteri Kesihatan semalam, yang merupakan satu tradisi yang dimulakan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly sejak beliau pertama kali berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun 2018.

Perdana Menteri dan isteri menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga HKL dan petugas KKM di seluruh negara atas pengorbanan dan sumbangan mereka. Hospital Kuala Lumpur adalah sebuah institusi ulung perubatan di bawah KKM yang baru-baru ini dinamakan sebagai salah sebuah Hospital Terbaik Dunia (World's Best Hospital) 2024 dan yang terbaik antara hospital awam di Malaysia dalam sebuah analisis bebas oleh media antarabangsa Newsweek, dan wadah kajian, data dan visualisasi global Statista.

image image image
image image

Kemaskini pada 2024-04-18 11:32:12 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page