MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA PIHAK PENGURUSAN HOSPITAL UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN (UTAR) DI IBU PEJABAT KKM PUTRAJAYA.

15 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada pihak pengurusan Hospital Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) di Ibu Pejabat KKM Putrajaya.

Semasa sesi kunjungan hormat tersebut, pihak UTAR telah membentangkan kerjasama antara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan hospital seliaan UTAR yang terletak di Kampar, Perak. Hospital UTAR merupakan sebuah hospital tertiari pelbagai disiplin yang dimiliki sepenuhnya oleh UTAR Education Foundation iaitu pertubuhan di bawah Universiti Tunku Abdul Rahman.

Hospital ini juga mempunyai sebuah Pusat Perubatan Tradisional & Komplementari (T&CM) yang menawarkan rawatan tradisional Cina dan Ayurveda serta sedang merancang untuk memperkenalkan perubatan tradisional Melayu pada masa hadapan.

YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad juga mengalu-alukan komitmen UTAR Education Foundation dalam mengintegrasikan amalan perubatan kontemporari dengan perubatan tradisional.

Delegasi UTAR telah diketuai oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, UTAR Education Foundation; Tan Sri Dato' Dr. Sak Cheng Lum dan turut disertai oleh Datuk Lim Si Cheng (Ahli Majlis UTAR), Ir. Prof. Dato' Dr. Ewe Hong Tat (Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, UTAR), Academician Emeritus Prof. Dr. Cheong Soon Keng (Ahli Lembaga Hospital UTAR) dan Prof Dr. Lau Hui Ping (Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Perubatan, Hospital UTAR).

image image image image

 


Kemaskini pada 2024-04-18 11:38:34 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page