MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

SIDANG KEMUNCAK KESIHATAN PLANET 2024 DAN MESYUARAT TAHUNAN KE-6 (PHAM 2024) DI JEFFREY CHEAH HALL, SUNWAY COLLEGE.

16 April 2024- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah merasmikan Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan Ke-6 (PHAM 2024) di Jeffrey Cheah Hall, Sunway College, Subang Jaya.

Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan yang diadakan dua tahun sekali ini, menyatukan komuniti Kesihatan Planet berskala global untuk menangani cabaran-cabaran terbesar manusia untuk memupuk perubahan yang sistemik demi kesejahteraan sejagat. Mesyuarat Tahunan ini juga julung kalinya diadakan pertama kali di Asia.

Sidang kemuncak dan mesyuarat tahunan kali ini bertemakan ‘From Evidence to Action: Confronting Reality’ (Bukti Disusuli Tindakan: Mendepani Realiti). Perubahan iklim, kehilangan biodiversiti, pencemaran alam sekitar dan ancaman yang berkaitan dengan kesihatan planet dan manusia juga sering berkait.

Peningkatan interaksi yang ketara di antara hidupan liar disebabkan oleh penebangan hutan meningkatkan lagi risiko penyakit zoonosis berbahaya. Asia Tenggara khususnya turut mengalami gelombang haba yang amat panas bagi tahun 2024.

Malaysia juga memainkan peranan penting bagi kesihatan planet dan ia selari dengan misi dan visi “Malaysia MADANI” untuk masa depan negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga komited kepada prinsip-prinsip kesihatan planet.

Kertas Putih Kesihatan (HWP) yang diluluskan di Parlimen pada Jun 2023, menetapkan rangka kerja komprehensif untuk sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan, saksama dan berpusatkan masyarakat.

Turut hadir, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), YBrs. En. Haoliang Xu, Penolong Setiausaha Agung PBB, Pentadbir Bersekutu UNDP, YBhg. Prof Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood, Pengarah Eksekutif, Pusat Sunway untuk Kesihatan Planet dan Pengerusi Bersama Sidang Kemuncak, YBrs. Dr. Marie Studer, Pengarah Eksekutif, Perikatan Kesihatan Planet dan Pengerusi Bersama Sidang Kemuncak, YBhg. Prof Dato Elizabeth Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Education Group dan YBhg. Prof. Sibrandes Poppema, Presiden, Universiti Sunway.

image image image image
image image image image

Kemaskini pada 2024-04-18 15:48:09 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page