MyGov Portal
SearchFunction
Privacy Policy
feedbackform
PDPA
Broadcast
Pengenalan Kami
Berita
Soalan Lazim
Pekeliling
Hubungi Kami
Multilang
Sitemap
W3C Disability Accessibility
Number of Online Services
Freedom of Information
Online E-Participation
image
Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T

bm en

MAJLIS GALA DINNER 2024 PLANETARY HEALTH SUMMIT AND 6TH ANNUAL MEETING DI SUNWAY RESORT HOTEL, SUNWAY CITY KUALA LUMPUR.

17 April 2024- Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Gala Dinner 2024 Planetary Health Summit and 6th Annual Meeting di Sunway Resort Hotel, Sunway City Kuala Lumpur. Turut hadir bersama YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan.

Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024 dan Mesyuarat Tahunan, yang diadakan dua tahun sekali ini menyatukan komuniti Kesihatan Planet berskala global untuk menangani cabaran-cabaran terbesar manusia untuk memupuk perubahan yang sistemik demi kesejahteraan sejagat.

Sidang kemuncak dan mesyuarat tahunan kali ini yang bertemakan ‘From Evidence to Action: Confronting Reality’ (Bukti Disusuli Tindakan: Mendepani Realiti) diadakan buat julung kalinya di Malaysia dan Asia Tenggara bagi mengiktiraf kepentingan benua Asia yang dihuni lebih separuh populasi manusia. Bertujuan menjadi wadah yang menyatukan komuniti sejagat dalam bidang Kesihatan Planet, lima acara sebelum ini di Amerika Syarikat, Scotland, dan Brazil telah mengumpulkan ribuan pemimpin dari lebih 130 negara.

Turut hadir Tan Sri Sir Dr. Jeffrey Cheah, Pengasas dan Pengerusi Kumpulan Sunway.

 

image image image
image image image

Kemaskini pada 2024-04-18 15:54:11 daripada UKK Norhanita

  •  
  • Print
  • Email this page