18 April 2024- YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.
Mesyuarat ini memberikan fokus terhadap penyelarasan dan memperkemas sistem penyampaian inisiatif dan program pembangunan sukan, termasuklah memperkukuhkan kerjasama pelbagai sektor bagi mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara bersukan (sporting nation).
Mesyuarat kali ini telah bersetuju untuk pelaksanaan kerjasama strategik antara Agensi Anti-doping Malaysia (ADAMAS) yang melibatkan Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan dalam Pendidikan Anti-doping.
Kerjasama strategik ini akan dilaksanakan kepada atlet-atlet di Institusi Pengajian Tinggi, atlet-atlet yang bertanding di Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 dan Para Sukma Sarawak 2024 serta pelaksanaan pendidikan “Kenali Ubat Anda”.
YAB Timbalan Perdana Menteri berharap agar Mesyuarat JKPS ini dapat menjadi satu platform yang mampu menyelesaikan segala isu berkaitan sukan secara berkesan. Semoga ianya dapat diperluas dengan melibatkan semua agensi Kerajaan dan NGO ke arah memperkasakan pembangunan sukan secara inklusif bagi melahirkan masyarakat yang sihat, aktif dan sejahtera.
Kemaskini pada 2024-04-19 09:12:30 daripada UKK Norhanita